Laksamana Armada (Amerika Syarikat) Laksamana_Armada

Bendera laksamana armada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Laksamana Armada atau Fleet Admiral (FADM) ialah pangkat pegawai berbendera lima bintang, dan ia dianggap sebagai pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Pangkat Laksamana Armada berada diatas Laksamana dan setaraf dengan Jeneral Tentera Darat dan Jeneral Tentera Udara. Pangkat laksamana armada hanya disimpan untuk kegunaan masa perang dan kini gred tersebut tidak aktif.

Satu gred khas Admiral of the Navy, iaitu pangkat yang lebih atas dari laksamana armada, telah dianugerahkan kepada George Dewey selepas Perang Amerika-Sepanyol (1898) pada tahun 1903, tetapi ia tidak lagi wujud selepas kematiannya pada 16 Januari 1917.

Insignia bagi laksamana armada mengandungi lima bintang perak dalam susunan segilima. Di pergelangan tangan uniform dipakai satu baris lebar, diikuti dengan empat baris sederhana, dan diatas sekali terdapat satu bintang kecil.

Selaras dengan tradisi lama tentera laut diraja abad ke-18, laksamana armada berhak mendapat gaji penuh seorang laksamana dan faedah sampingan lain, termasuk satu staf kecil, untuk menjaga hari tuanya.